twitter
rss

salam.. ada lagu yang best di sini....ada jgk pengawas yang terlibat..nanti update video. xjumpa kabel penyambung.. Apa pun, tq kepada cg. Sham n the kelas.

Salam... kepada semua AJK UDP, guru-guru & pengawas-pengawas  SKKBkth 2011

PENDAHULUAN

Disiplin adalah satu elemen yang penting di dalam menentukan ketertiban sesuatu sistem. Disiplin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu disiplin hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak samada di sekolah atau di luar sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para murid dan ibubapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar.

Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur dengan budi bahasa yang tinggi.

VISI

Ke arah masalah disiplin sifar

MISI

Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin

OBJEKTIF


  • Mencegah murid-murid yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka
  • Mencegah murid-murid yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi murid-murid lain
  • Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal
  • Untuk memperbaiki tingkah laku murid-murid yang bersalah
  •  
     
DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

"Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghgormati hak individu lain.Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"


MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu , demokratik, adil, liberal dan progresif. disiplin juga akan melahirkan individu yang kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa memelihara harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

MATLAMAT DISIPLIN

  1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat
  2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan serta kekitaan
  3. Melahirkan murid yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik
  4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada murid
  5. Membantu pengetua dan guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah
  6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahanya

OBJEKTIF HUKUMAN


  1. Mencegah murid yang bersalah mengulangi kesalahan mereka
  2. Mencegah murid yang merbahaya atau bersalah daripada mempengaruhi pelajar lain
  3. Memberi ingatan kepada murid lain supaya tidak melakukan kesalahan
  4. Setiap kesalahan yanng terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal
  5. Memperbaiki tingkahlaku murid yang bermasalah